Wednesday, 28 November 2012

putus

akhirnya,setelah beberapa tahun aku dengan dia..putus jugak..
hari ni,officially aku single and aku dah tak tertahan lagi...mungkin ja aku ada dengar khabar angin dari orang lain..tapi dengan perangai dia sendiri aku dapat rasa kana aku dengan dia  tak lagi serasi...
aku memang dah lama rasa tak sebahagia dulu walaupun aku jumpa dia, walaupun ada keluar sesama...tapi aku tak bahagia...aku tak rasa sayang dia kat aku macam dulu..cinta dia kat aku tak sekuat dulu...ceeehhhh...
tapi tulah hakikatnya..aku tak mampu nak tanggung rasa kecewa ni...'
memang sedih ditinggalkan dan meninggalkan...
memang rasa sakit hati,sakit segalanya...tapi ni jalan terbaik..ini ah yang terbaik..aku tak menganggap ini sebagai satu kesilapan, tapi Tuhan sedang mengatur yang lebih baik, dan akan memberikan jalan yang terbaik untuk aku...dan jugak sebaliknya untuk dia.
mungkin ada kekurangan aku yang tak mampu dia hadapi dan mungkin Tuhan ingin kan dia mendapat yang terbaik sebab dia sempurna orang nya..
lagi pun betul kata orang,,walupun salahnya cuma sebesaq kuman and tak lah seberapa tapi dia cuma nak salah kan kita sesungguhnya and marah kan kita sebesar-besar kesilapan..tu lah tandanya dia dah tak punya perasaan terhadap kita :)
ini lah dikatakan takdir Yang Maha Esa dan kebesaran-NYA...Dia memang memberi aku ujian yang pasti sedihnya berpanjang dan entah sampai, namun sebalik itu Dia berikan aku satu perasaan dan juga kekuatan yang sukar untuk aku terangkan...besarnya keagungan Mu Ya Tuhan..
aku pasrah kepada Mu,,kerana Engkau memiliki dunia ini dan berhak keatasku...
aku yakin ini cuma sesuatu keadaan yang ingin Kau mahukan aku dekat dengan Mu,Kau mahukan aku mendapat yang terbaik untukku.
mungkin saja aku bukan yang terbaik untuknya dan mungkin juga dia bukan lah jodohku.
Tuhan tahu siapa, bagaimana jalan,dan juga apa kesudahan yang terbaik untuk dia dan juga untuk aku..
tabah kan hati wahai perempuan lemah, lemah mu bukan kerana dia,lemah mu adalah apabila kau berdoa meminta dari Allah.
Air mata ku bukan lah untuk seorang lelaki seperti dia,, tangisku,airmata ku hanya pada masa aku merayu Tuhan supaya jangan lepaskan aku,hanya pada masa aku rasa sepi tanpa Tuhan disisi ku..
ya Allah,,kau membuatkan hati aku tenang dengan kehilangan dia walaupun hati ini terlalu sayang kan dia..
kerana cinta Mu lebih besar dari segala cinta..
subhanallah,,,sekian lama aku leka...hari ini kau memberikan aku satu kekuatan,kegembiraan dan segalanya rasa terselit walupun ujian Mu berat untukku..
terima kasih ya Allah :)

Sunday, 25 November 2012

Cantik Vs Mulut Longkang

dekat dalam kelas aku ni ada sorang budak pmpuan yang cantik + mantap + bergaya + gebu dan sebagainya.. kalau aku jadi laki, dah lama sambaq oi tapi aku pompuan..
memang semua laki pun ternganga pandang dia..termasuk la encik BF saya pun..
tula pasai,,,tang tu ja aku rasa macam,,,alaaaa....
tapi tak pa lah..kalau laki tu sayang aku,tak la dia terhegeh dengan pompuan lain..
cuma terasa hati,bila pompuan tu ngata aku depan aku.. mungkin dia tak perasan kot aku kat situ..tapi nya aku yang terasa,,hhaaaiiissshhhhhhhhh!!!!!!!! gGgGgGRRrrrrrrR!!!!!
baru baru ni ada pogram comunity service,ofcos lah sekali dia,aku n en.bf...
memang lah aku tak HOT macam hang,,,tapi tak yah nak kata "saye tak cakap dengan orang tak hot"
wweeiii,,kalau tak nak cakap pun  tak pa..tapi jangan kata macam tu weh.. aku sendiri pun tak tau apa masalahnya dia kat aku,n apa masalahnya aku kat dia...
lepas dia kata cam tu..aku cakap OK! dengan rasa panas hati....tapi tak da lah nak marah sangat...
so oky ja lah.. aku malas nak bergaduh.. aku senyum,,dia pulak macam muka tak puas hati..
dia sangka aku jeles suruh en.boyfie ambik gambaq dya..tapi aku tak kisah la..aku ok ja..lagi pun be profesional.. dah coursemate even tak classmate.... ni perlu ka nak bercerita kat orang tua tu kata aku ni jeleskan dia...dah la aku pun ada kat situ..
aaaiiiyyyooo,,,sayangnya aku tak macam hang...
taapi aku bersyukur,aku jadi diri aku,n aku bersyukur dengan apa Tuhan bagi kat aku n apa yang aku ada sekarang.

Saturday, 24 November 2012

pejam mata dan celik balik :)

pejam celik,,pejam celik..ehh-ehh anak sedara dah pun besaq...dah pandai jalan,n macam-macam 




adoi,,ada anak sedara sorang ja penat betoi,,,tapi kalau ja dia tak balik,,,gadoh pulak merindu..bila ja dia balik semua berebut-rebut nak main,nk dukung ...sekali ngan tok ayah n mak tok dia pun..heeee...
amsyar ni kalau bab makan ja semua ja lalu kt depan mulut dia suma ja nganga...semua telan..dah la mulut besaq ..
yang baguihnya,dengan sesapa jua dia ok,tak ler perak mcm ayah dia dulu..heeee
amsyar tunggu mak cik balik eh nanti..lama dah mak cik tak jumpa amsyar,,
ni tengah tunggu angah,,bila la nk dapat baby,,,ashik berebutkan amsyar sorg ni jaa...alahai tu la ank menakan sorang berebut ja...
amsyar ni sekarang dh setahun lebih genap setahun masa 11/12/12 hari tu..sekarang ni sangat lah lasak,nakai sangat,n suka senyum...geraammnya kt lesung pipit dia tu...heeee
acik ada kelas jap lagi..tata